Tuesday, March 10, 2015

soalan lazim mengenai TEMUDUGA TENTERA DARAT MALAYSIA bagi anggota LLP

 hai! nih antara soalan2 lazim bagi korang yang nak p temuduga tuh...tentang syarat2 atau sebagainya...

1. Apakah syarat akademik yang diperlukan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris. (Calon SPM 2013 & 2014 perlu LULUS subjek Sejarah).
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
* Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau Pembantu Perubatan / Kejururawatan / Jururawat Pergigian/Juruteknologi Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
* Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan kepujian dalam bahasa melayu peringkat SPM

2. Tatacara pemakaian semasa pemilihan

=>LELAKI : Baju kemeja, seluar slack, kasut bertumit 
=>Perempuan : Berbaju kurung / pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata

Dilarang sama sekali memakai
: jeans
:selipar
:baju tanpa kolar

3. Adakah saya boleh memohon jika kelulusan akademik tidak menepati seperti syarat2 yang telah ditetapkan?
=> Pemohon yang tidak memenuhi syarat dikira TIDAK LAYAK/GAGAL. Tiada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan.




oke semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment